Pada 8hb Februari 1983, Jawatankuasa
Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan ”Dadah Musuh Utama Negara”.
Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi
tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan
Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah.
Sasaran utama program ini ialah
kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa. Program Pendidikan
Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat
strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kokurikulum dan
Pembentukan Sahsiah.
Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015
Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa ) yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.
Visi
Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015
Misi
Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa ) yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.
Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah
Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah
ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid,
guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka
menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah agar mereka menjauhinya
dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran ”Sekolah
Bebas Dadah 2012”.
Fungsi
- Pendidikan Pencegahan Awalan untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.
- Pengurusan Program Intervensi untuk murid yang berisiko dan terlibat mencuba
rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV-Aids. - Pengurusan Data, Penyelidikan, Dokumentasi dan Publisiti berkaitan PPDa.
- Pengurusan Hubungan Luar
Rasional
Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini
bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan
remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran
pelbagai jenis dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini
meyebabkan murid kita sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan
berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini, Kementerian
Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program
Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan.