1. Kekurangan Perhatian Daripada Ibu Bapa
| [gambar dari internet] |
Hal ini memang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar
kesenangan hidup pada hari ini. Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari
nafkah bagi menampung kehidupan serta menyediakan keperluan asas yang
bertaraf tinggi untuk keluarga. Secara tidak langsung, masa yang
sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan
mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang keterlauan kerana kegiatan
mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan, kebebasan
yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan najis dadah.
2. Pengaruh Rakan Sebaya
| [gambar dari internet] |
Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama
dengan rakan sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai
haruslah dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya rakan
sebaya yang digauli oleh mereka terlibat dalam pengambilan dadah, secara
tidak langsung mereka sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan
mereka.Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan menyebabkan gejala ini
menjadi lebih serius. Para remaja perlu bersikap rasional pada setiap
masa.
3. Tekanan / Depressi
| [gambar dari internet] |
Kini, remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di
sekolah semata-mata. harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka
mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran telah menjadi suatu
tekanan yang hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas di sekolah,
mereka terpaksa menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen,
muzik, tarian, seni pertahanan diri dan sebagainya bagi memenuhi
kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai masa yang
tersendiri untuk beristirahat dan melakukan hobi yang digemari oleh
mereka. Tekanan ini akan mendorong mereka mengambil dadah kerana kononya
ingin mencari ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa pengambilan
dadah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam sekelip
mata sahaja.
4. Kurang Pendidikan Agama
| [gambar dari internet] |
Pada masa sekarang, kebanyakkan remaja yang terlibat dengan dadah
adalah disebabkan oleh kurangnya pendidikan agama. Hal ini berlaku
kerana ibubapa tidak memberi perhatian kepada anak mereka. Tambahan
lagi, dalam dunia moden ini remaja sangat terdedah dengan gejala-gejala
sosial yang boleh merosakkan akal fikiran mereka. Kurangnya pendidikan
agama menyebabkan remaja sesuka hati melakukan perkara yang telah
dilarang oleh ugama. Oleh itu, pendidikan agama amatlah penting bagi
menghalang atau menghindari dari perbuatan yang di anggap hina.
5. Pengaruh Media Cetak Dan Media Elektronik
| [gambar dari internet] |
Pada masa kini, remaja sangat terdedah dengan media cetak dan media
elektronik. Hal ini adalah kerana melalui kedua-dua media ini dapat
memberikan maklumat atau bahan yang tidak diperolehi disekolah mahupun
di dalam buku teks sekolah. Walau bagaimanapun, kedua-dua media ini juga
memberi pengaruh yang amat besar terhadap remaja hingga boleh mengubah
tingkah laku serta akal fikiran mereka. Remaja bertindak melulu tanpa
memikirkan perkara yang dibuat itu betul atau salah.
Kredit : ELMOOLOVER'S BLOG